::- Writing To Reach You -::

A compilation of short stories and novels by The Dead Poet.

Name:
Location: Bangi, Selangor, Malaysia

Never really like to describe myself. Awkward!! Know me and you judge me then... but i'll let you to a secret, i'm weird.

Friday, March 11, 2005

Sudah Begitu Hidupnya (part 1)

Story: Dead Poet
Genre: Life drama


Part 1: Exam dah dekat.

Ahh... boringnya nak study ni. Jam di dinding dah menunjukkan 2 lebih. Tak pernah aku study setekun ni. ye laa.. esok i got a big final. Final yang menentukan sama ada aku dapat bergelar seorang siswazah. Tension makin berat ni.

"Adib!!!... wei, teman laa aku study. Takut ni. Karang kalau fail nahas aku"
"Alaa Fahmi... aku ngantuk laa... nak tidur ni".

Adib dah bersiap nak tidur dah. Tension ni. Aku memang tak boleh nak study sorang-sorang ni. Apa laa yang aku boleh rasuah adib ni untuk teman aku.

"Haa... apa kata esok kita pegi Sungai Wang? Kau kan suka sangat pegi Sungai Wang kan? Jom laa... aku bawak". Aku dapat idea.
"Hmm... best tu... boleh aku beli komik-komik baru. Nak pegi pukul berapa esok?", sampuk Adib bersemangat.

Aku memang kenal Adib ni... dia tak boleh dengar Sungai Wang. Hahhaha... jahatnya. Tapi ni untuk kepentingan aku jugak kan? Kalau aku fail paper esok... alamatnya, bunuh diri le gamaknya. Tak mahu aku balik rumah tengok muka mak ayah. Tak mahu aku balik kampung jumpa sanak saudara. Tak mahu aku jumpa kawan-kawan aku. Malu yang akan aku tanggung, sungguh mengerikan.

"Aku boleh bawak Adib, tapi dengan syarat."
"Apa pulak syaratnya? Ko ni kan Mie, banyak songel betul". Adib dah bengang.

"Kau temankan aku study kejap ek? Boleh? Ada beberapa tajuk je lagi ni. Sikit je".
"Tapi aku mengantuk sangat ni. Maaflaa ye Mie. Tak tahan ni".

Aku dah mati akal. Tapi member dah tak tahan sangat kan. Takpelah.

"Tidurlah Dib, aku pun dah rasa malas nak study ni. Dah cukup lama aku study. Jarang sungguh aku boleh study 2 jam straight kan? Hehehe".
"Yes!!! boleh tidur".

Cis.. reverse psychology aku tak berkesan.

Well... sebenarnya aku pun dah mengantuk sangat ni. Biarlah. Esok kalau aku dapat bangun awal, aku sambung. Kalau tak dapat sambung pun, macam kata member-member aku, "berserah pada Tuhan je lah". Hahhaha. Kitorang dulu tak habis-habis dengan berserah pada Tuhan je. Tak kiralah during examination week ke, assignments ke, group project ke. Everything berserah pada Tuhan. hehhehe. I miss them a lot. Mereka semua dah graduate. Yang tinggal dari geng tu cuma aku dan Adib. Dah nak buat macam mana. Tak ada rezeki. Bukan tak boleh untuk kitorang graduate sekali. Cuma, banyak sangat cabaran yang harus kami tempuhi mentally. Boleh dikatakan yang aku dan Adib ni, we're different from out other group members. Konon-kononnya macam troubled students la ni.

"Adib, esok kejutkan untuk Subuh ye, kalau aku tak bangun. Boleh Adi... Adib? Ooo Adib? Dah tidur ke wei? Wei? Tido ke?"

Ahh sudah. Adib dah betul- betul tidur. Tension ni. Ahh... berserah pada Tuhan je lah. Tido lagi baik. Hahhahaha!!

"ZZzzzZzzzz..."

(tamat part 1)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home