Sudah Begitu Hidupnya (part 2)
Part 2: Matrikulasi (flashback)
Mak betul betul gembira. Hari ni aku ditawarkan untuk meneruskan pengajianku di sebuah Universiti yang ternama di Kuala Lumpur, lebih tepat sekali di Serdang. Universiti yang dulu dikaitkan dengan pertanian yang baru-baru ini ditukar namanya. Maaflah... status Universiti tersebut tak dapat aku cakapkan. Tapi rasanya clue yang diberikan tu nampak obvious sungguh kan? Hahha. That's me.Aku ketawa je 24 jam. Oh ya, nama ku Fahmi (bukan nama sebenar). Macam kisah benar pulak. Aku dilahirkan didalam keluarga yang sederhana. Bapaku seorang guru dan mak pula seorang pegawai. Aku juga ada seorang adik perempuan. Kami kurang rapat. Hidup kami sekeluarga biasa sahaja. Ada pasang surutnya... terutama surutnya. Banyak sungguh. Tapi, kami tempuhinya.
"Maknya... mana beg besar abang? Cepatlah. Saya nak masukkan dalam kereta ni. Dah lambat ni."
"Ada ni bang, nanti saya ambilkan, saya pun tak menang tangan ni". Mak dah mula kelam kabut ngan perintah ayah.
Ayah macam kena rasuk, lari sana, lari sini, menyediakan semua surat-surat yang penting bagi ku mula mendaftar.
"Cepatlah, kita nak jalan jauh ni. Awak ingat dekat ke Pulau Pinang dengan Kuala Lumpur tu. Anak sulong kita tu nak kena daftar hari ni". Pintas ayah di muka pintu.
Aku buat bodoh je. Dahla bangun tidur pun lambat. Tapi that was the first time yang aku rasa yang keluarga aku bangga dengan pencapaian aku. Tak tau la mereka tu gembira kerana aku dapat masuk ke universiti ke? Gembira aku akan meninggalkan rumah ke? Gembira aku akan kurang meyusahkan mereka ke? Ntahlah. Aku dan family sebenarnya kurang rapat. Dari kecil lagi aku dah mula hidup secara independent. Aku tengok je mak aku tu. Kawan dah letih betul. Ayah main order-order je. Macam askar. Hehhee. Dia dulu askar. So aku bangun, dan berjalan menuju mak di dapur.
"Mak, ni siapa yang nak masuk Universiti ni? Abang ke ayah?". AKu keluar dengan statement best aku.
"Hish, budak ni, cepat pergi bersiap tu. Nanti ayah hang marah nanti. Mak nak buat bekal lagi ni." Muka mak aku tension je nampaknya. Hhahaha.
"Ok laa... nak mandi la ni".
Takut laki le tu hehhe aku bisik kecil sambil tersenyum.
"Siapa takut laki? Orang hormat lah". mak aku membebel sorang sorang. Hhehhehe. Tak perasan yang aku cakap kuat tadi. Ingatkan bisik.
Akhirnya kami bertolak juga. kami tiba di Kuala Lumpur tepat jam 12.30 tengahari. Kami terus ke Universiti Putra Malaysia (oppss... tertulis). Aku mendaftarkan diri ku. Beli apa-apa lagi keperluan penting macam cadar, alat tulis, baldi dan sebagainya. Aku ditinggalkan keluargaku tepat dalam pukul 3.00 petang. Buat pertama kalinya selepas 18 tahun, aku meninggalkan rumah. Aku akan meneruskan pengajian ku sendirian tanpa tempik herdik ayah dan mak ku suruh aku belajar. Habis laa aku. Hhahhaha. But i'm cool with it. I am so... cool with it.
From here, my journey to self discovery, STARTS.
(tamat Part 2)

2 Comments:
tima kasih... sapa ni ek... thanks for reading.
Enjoyed a lot! Fha cashout refinance max ltv boston web design firm computer software downloads
Post a Comment
<< Home