Sudah Begitu Hidupnya (part 5)
Part 5: Abang janji tak buat lagi (flashback)
"Mie, hang dah tengok komik dengan poster baru kat TKN? Aku tengah dok budget bulan ni. Aku ingat hujung bulan ni aku nak angkat." Erman memang gila komik. Sanggup berhabis beratus-ratus ringgit. Tapi takpelah, dia dilahirkan dalam status golongon berada.
"Aku kalau ada duit aku beli Man, kau tau kan aku tak ada duit".
"Ahh!!, hang selalu macam tu, bila aku beli hang nak pinjam. Malas lah aku, buat apa perabis duit kat hang. Lain kali kalau hang nak baca, hang beli sendiri."
Aku dah biasa sangat dengan perangai Erman ni. Biasalah kalau dah jadi orang kaya ni, bukannya aku maksudkan semua orang-orang kaya berperangai macam ni, tapi Erman adalah salah seorang dari sekumpulan kawan-kawanku yang agak kerek. Sombong la tu.
"Oklah man, aku cuba beli. Nanti aku kasi hang pinjam pulak, ok?"
Mana aku nak dapatkan RM30? Aku tak berduit. Sungguhpun aku dilahirkan dalam golongan yang lebih dari sederhana tapi tidak kaya, aku tetap tidak berduit. Tidak seperti adik perempuanku. Dia dapat segalanya. Mungkin kerana dia tinggal di asrama penuh. Takpelah, aku tak pentingkan wang, aku lebih memerlukan kawan-kawanku. Dari kecil aku hidup dengan kawan-kawanku. Aku kurang senang berada dirumah. Terlalu banyak masalah yang harus aku hadapi berkat karenah orang tuaku.
Malam itu, mak dan ayah keluar untuk makan. Aku cuma makan roti di dapur. Ayah tak mengajakku untuk turut makan di luar kerana dia tengah marah rasanya. Aku pun, berpura-pura untuk mengulangkaji pelajaran. Tengah aku belajar, tiba-tiba aku terasa nak menonton, lalu aku menuju ke sofa depan. Di tanganku segenggam kacang "Ngan Yin" dan secawan milo. Tanpa aku sedari...
"Allah, macam mana boleh tertumpah milo ni. Adus!!, mak mesti bising nanti." tersentak aku didalam hati.
Aku cuba mengangkat sofa dan membilasnya dengan air. Pada ketika itulah sekeping not RM50 terjatuh.
"Eh... mana datangnya RM50 ni. Wah!!! rezeki ni. Aku pun memang nak guna RM50".
Aku tak sedar yang kemungkinan ayah ibu aku sengaja menyimpannya di situ. Di kepalaku cuma memikirkan yang esok aku akan dapat ke kedai komik dan membeli beberapa keluaran terbaru. Aku suka membaca komik-komik ni. Lebih-lebih yang berunsurkan super-super heroes ni. It helps me to lari from all my problems. Aku adalah yang jenis kuat berangan-angan. Mungkin kerana kehidupanku susah. Aku kurang mendapat kasih sayang ibu-bapa. Jadi, aku mencari kasih sayang dengan mengunakan daya imaginasiku. Bila aku sendirian, bila aku kesusahan, sebelum tidur, aku akan mula berimaginasi. Sedar tak sedar, jam dah menunjukkan pukul 11 malam. Ayah dan ibu belum pulang. AKu decide to tidur dulu.
Aku tidur dengan nyenyak hinggalah pada pukul 1.30 pagi aku ditarik keluar.
"Abang, siapa ajar abang mencuri?", ayah menjerit kepadaku. Aku sebenarnya dah langsung terlupa dengan wang RM50 tu.
"Abang tak curi apa-apa pun ayah".
"Tipu, sekarang hang dah mula menipu pulak". Ayah dah mula menarik tali pinggang. Dipukulnya aku berulang kali.
"Abang tak tau apa-apa ayah, Mak... tolong!! sakit". Aku dah mula meraung dan menangis.
"Sudahla hang tipu aku, hang kata nak belajar kat rumah. Tapi hang tengok tv. Habis sofa aku beli berbau dengan milo hang. Apa hang ni bodoh ka? Hang nak bagi aku marah hang kenapa? Hang nak bagi aku gila?"
"Abang berhenti rehat sekejap saja, abang lapar". Aku dah tergagap-gagap.
"Anak tak kenang budi, dahla mencuri, lepas tu hang tipu aku? Aku bagi duit, makan minum semua aku jaga hang layan aku macam ni. Anak derhaka".
Ayah mengamuk malam tu. Mak tak dapat buat apa sebab kami tau ayah panas baran. Aku dihentak dengan penyapu, disepak terajang, di rotan. Sebelum ayah berhenti, dia memarahi aku lagi. Aku jadi marah dan terus meninggikan suara. Ayah macam hilang akal... mengangkatku, dan menghantukkan aku ke cermin tingkap. Itulah pertama kalinya aku dilukai oleh keluargaku. Aku diheret ke tempat tidur lalu aku pengsan sampai ke pagi.
Aku tak dapat ke sekolah. Aku terlalu sakit. Bukan lukaku yang sakit, tapi hati ini yang terlalu sakit. Aku menangis berulang kali. Badanku dah lebam-lebam. Luka di belakang badan ku memaksa aku untuk tidak bersandar. Hatiku hancur malam tadi. Pada ketika itu, dihatiku... aku sudah tiada keluarga lagi.
Aku terkejut dari lamunan.
Ahh... kenapa aku mesti menangis. Semua tu dah lepas. Jam dah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Aku harus tidur, esok ada satu hari lagi yang panjang. Aku mungkin ke rumah parents Fariq. Mereka semua dah macam famili angkatku bila aku tiba di KL. Ahh... i need to sleep. Tanpa aku sedari... air mataku mengalir lagi.
Aku akan terus berimaginasi. Sehingga suatu hari, segala sakit ku terhenti.
(tamat part 5)

0 Comments:
Post a Comment
<< Home