::- Writing To Reach You -::

A compilation of short stories and novels by The Dead Poet.

Name:
Location: Bangi, Selangor, Malaysia

Never really like to describe myself. Awkward!! Know me and you judge me then... but i'll let you to a secret, i'm weird.

Wednesday, March 23, 2005

Sudah Begitu Hidupnya (part 6)

Part 6: Abang sayang kakak tau (flashback)

Aku teringatkan seseorang. Seseorang yang cukup istimewa dalam hidupku. Seseorang yang terlalu banyak bekorban demiku. Orang yang aku teringat itu ialah kakak angkatku. Namanya Sofiah binti Abdullah. Seorang wanita cantik berketurunan cina. Satu-satu orang yang mengajarku erti cinta dan sayang. Tapi biasalahkan, bila kita kehilangan seseorang yang kita sayang baru terasa ketiadaannya kan. Bila ada, kita tend to take people for granted. Kak sofia, abang rindu kakak.

Ketika umurku 18 tahun, aku diperkenalkan kepada seseorang gadis cina yang 4 tahun lebih tua daripadaku. Dia pulang ke rumah dengan beg yang penuh dengan pakaian. Ayah menyuruhku memanggilnya dengan nama Kak Piah. Kak Piah cantik orangnya. Senyumannya menarik. Ayah kata mulai hari itu, Kak Sofiah akan tinggal bersama-sama kita. Aku sebenarnya tak suka dengan cadangan ayah. Dahlah tanpa kakak pun, aku sudah kurang kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa, apakan lagi ada seorang saudara baru. Ya, saudara baru. Kakakku ini ialah seorang gadis cina yang baru memeluk Islam. melalui cerita yang aku dengar, Kak Piah dibuang keluarganya apabila dia bertindak untuk memeluk Islam. Ayah berkawan rapat dengan Uncle Fong, yang merupakan ayah Kak Piah. Ayah mengambil Kak Piah sebagai anak angkatnya.

3 hari selepas kahadiran Kak Piah, aku tak pernah bercakap dengannya. Aku banyak menyendiri. Walaupun kadang2 Kak Piah akan masuk untuk menghantar aku secawan kopi apabila aku belajar, aku tak akan bersuara. Pernah ada ketika aku akan ambil kopi yang Kak Piah buatkan untukku, dan aku tuangkannya di dalam sinki. Satu hari,

"Hoi Piah, apa yang kau buat dalam bilik aku?" Itulah pertama kali aku bersuara dengan Kak Piah.

"Kak Piah nak kemaskan bilik abang. Maafkan kakak sebab masuk tanpa izin."

"Siapa kakak? Kau bukan kakak aku. Aku tak pernah ada kakak." Lantas aku dengan rakusnya menarik rambut Kak Piah dan menolaknya keluar dari bilikku.

Keadaan berterusan hingga melangkah berbulan-bulan. Bukan aku bencikan Kak Piah, tapi aku sendiri berhadapan dengan banyak masalah. Kak Piah pula sebaliknya, dia terus berbuat baik kepadaku. Dia akan senyum tiap kali aku pulang dari sekolah. Menyediakan makan minumku. Kerapkali juga Kak Piah menyediakan sarapan untukku ke sekolah tapi tak pernah aku bawanya. Semuanya berterusan sehinggalah lagi 2 bulan untuk aku menghadapi SPM.

Pada malam tersebut, aku dimarahi ayah. Aku dipukul lagi sehingga terseliuh pergelangan tanganku. Badanku sakit kerana dihempap dengan peti ais. Ayah memang mengalami panas baran yang teruk. Tapi dia banyak melepaskan panas barannya dengan aku. Sedang aku masih sakit, ayah masuh belum puas. Ayah menendangku berkali kali sehinggalah Kak Piah muncul dan melindungi aku. Aku teringat lagi apa yang Kak Piah cakap.

"Ayah jangan pukul abang lagi, ayah pukulah Piah. Jangan buat semua ni dekat abang lagi sebab Piah sayangkan abang."

...

Pertama kali aku mendengar perkataan sayang di telingaku. Aku terkejut dan mengeletar. Ayah berhenti dan masuk ke bilik. Kak Piah mengusung aku ke bilik.

"Kak Piah, abang mintak maaf dengan kakak, abang banyak dosa dengan kakak."

"Tak apa sayang, abang kena rehat."

"Kakak teman abang tidur malam ni kak. Abang sayang kakak."

Malam tu Kak Piah akan duduk menemaniku. Kesian Kak Piah. Sanggup Kak Piah berkorban untuk aku.

"Kakak, kakak janji jangan tinggalkan abang ya"

"Ya sayang, kakak janji." Muka kakak tenang saja.

"Kakak kena jaga abang sampaai abang besar."

Mulai dari saat itu, aku mula menyayangi Kak Piah. Kami macam adik beradik kandung. Bila aku ada masalah, aku cuma perlu memegang tangan Kak Piah. Kak Piah pula, apabila saja dia kesan aku muram dan bermasalah, Kak Piah akan cuba sedaya upaya untuk menenangkan aku, Dia akan mengambil tanganku dan memegangnya seerat yang boleh. Kadang kala dia akan memelukku.

Aku tekun belajar untuk SPM demi tidak menghampakan harapan Kak Piah. Aku belajar bukan untuk keluargaku. Aku cuma ada Kak Piah sahaja.

Hasil titik peluhku dan kasih sayang yang diberikan oleh Kak Piah, aku berjaya mengharungi semua peperiksaanku dengan jayanya. Resultnya tak tau lagi lah. Yang penting dah habiskan. Aku dah kawan-kawanku bercadang untuk bercamping di Langkawi. Aku tak sedap hati tapi setelah dipujuk Kak Piah, aku pun berangkat dengan kawan-kawanku ke Langkawi selama 3 hari 2 malam. Aku sempat memujuk juga Kak Piah untuk keluar bersama kawan-kawannya. Dah lama dia tak bergembira. Aku asyik memerlukan Kak Piah for my own sampai aku tak benarkan dia keluar bergembira. Tapi Kak Piah tak kisah, sebab dia kata dia lebih suka bersama dengan adik kesayangannya. Sebelum bertolak, aku dengan tidak tersangka, memeluk Kak Piah dan mencium pipinya puas-puas. mak dan ayahku terkejut dengan perbuatan ku itu. Yelah, kami bukan actually muhrim yang sah. Tapi dia diam saja. Aku rasa berat untuk meninggalkan rumah.

Apabila tiba di Langkawi, aku menelefon Kak Piah. Aku asyik ulang yang betapa aku merindui Kak Piah. Padahal, aku baru saja terpisah dengan Kak Piah baru 3 jam. Esok Kak Piah akan keluar dengan kawan-kawannya. Sebelum aku meletakkan gagang telefon, aku sempat cakap, "Kak Piah, abang sayangkan Kak Piah tau, ingat". Kak Piah ketawa dan kemudian meletakkan gagang telefon. Tidak aku ketahui, itulah kali terakhirnya aku akan bercakap dengan Kak Piah.

Selama 2 hari aku mengharungi hari di Langkawi dengan perasaan yang cukup berat sekali. Bila nak telefon saja, mesti telefon tak boleh digunakan. Di hari akhir kami di sana, aku berkesempatan untuk mengunakan telefon di Jeti. Pada ketika itu jam menunjukkan pukul 3. Aku nak menelefon ayah supaya mengambilku pada pukul 6. Aku dah tak sabar nak jumpa Kak Piah. Makcik aku mengangkat panggilanku. Aku pun bertanyakan bila makcik sampai, dengan siapa dan sebagainya. Makcik cuma diam. Makcik memberi telefon kepada Mak dan akhirnya aku berbicara dengan mak. Alangkan hancurnya hatiku, bila Mak memberitahuku, Kak Piah dan meninggal dan telah selamat dikebumikan selepas Zohor. Aku meraung dan menangis di Jeti.

Kak Piah telah meninggalkan aku. Dia meninggalak aku untuk selama lamanya. Tuhan lebih sayangkan dia. Aku tak percaya semua ini terjadi padaku tetapi aku redha. Yang menyedihkanku ialah, aku tidak berkesempatan untuk melihat jenazahnya disemadikan. Aku menyesal akan segala perbuatan ku pada Kak Piah. Aku tak akan dapat memegang atau memeluk kakakku lagi. Semoga Tuhan mencucuri rahmat keatasnya. Semoga kita berjumpa lagi nanti kakak. Abang sayangkan kakak.

Satu lagi yang amat menyedihkan, aku tidak sempat untuk bergambar denganya. Yang tinggal kini hanyalah satu memori didalam mindaku. Aku rindu kakakku. Aku terlalu rindukan kakakku.

Dan sekali lagi... air mata ini jatuh kembali...

(tamat part 6)

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

I bloghopped from adeadpoet where I bloghopped from... somewhere...
No.1: Loved the reallydepressed blogname, lol...
No.2: When I read this story, I was at work and I was so touched...
No.3: You're quite a writer... do continue :)))

May 05, 2005  
Anonymous Anonymous said...

Keep up the good work give me oxycontin Lipitor grapefruit reaction web developer massachusetts Ice machines home owner free web page design editor Website development website gold pages website dev Graphics website design washington pay per click Acura dealer winnipeg california web page design order tadalafil c o d online mcse brain dump Cadillac esclade body parts

March 05, 2007  

Post a Comment

<< Home