::- Writing To Reach You -::

A compilation of short stories and novels by The Dead Poet.

Name:
Location: Bangi, Selangor, Malaysia

Never really like to describe myself. Awkward!! Know me and you judge me then... but i'll let you to a secret, i'm weird.

Wednesday, March 23, 2005

Sudah Begitu Hidupnya (part 6)

Part 6: Abang sayang kakak tau (flashback)

Aku teringatkan seseorang. Seseorang yang cukup istimewa dalam hidupku. Seseorang yang terlalu banyak bekorban demiku. Orang yang aku teringat itu ialah kakak angkatku. Namanya Sofiah binti Abdullah. Seorang wanita cantik berketurunan cina. Satu-satu orang yang mengajarku erti cinta dan sayang. Tapi biasalahkan, bila kita kehilangan seseorang yang kita sayang baru terasa ketiadaannya kan. Bila ada, kita tend to take people for granted. Kak sofia, abang rindu kakak.

Ketika umurku 18 tahun, aku diperkenalkan kepada seseorang gadis cina yang 4 tahun lebih tua daripadaku. Dia pulang ke rumah dengan beg yang penuh dengan pakaian. Ayah menyuruhku memanggilnya dengan nama Kak Piah. Kak Piah cantik orangnya. Senyumannya menarik. Ayah kata mulai hari itu, Kak Sofiah akan tinggal bersama-sama kita. Aku sebenarnya tak suka dengan cadangan ayah. Dahlah tanpa kakak pun, aku sudah kurang kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa, apakan lagi ada seorang saudara baru. Ya, saudara baru. Kakakku ini ialah seorang gadis cina yang baru memeluk Islam. melalui cerita yang aku dengar, Kak Piah dibuang keluarganya apabila dia bertindak untuk memeluk Islam. Ayah berkawan rapat dengan Uncle Fong, yang merupakan ayah Kak Piah. Ayah mengambil Kak Piah sebagai anak angkatnya.

3 hari selepas kahadiran Kak Piah, aku tak pernah bercakap dengannya. Aku banyak menyendiri. Walaupun kadang2 Kak Piah akan masuk untuk menghantar aku secawan kopi apabila aku belajar, aku tak akan bersuara. Pernah ada ketika aku akan ambil kopi yang Kak Piah buatkan untukku, dan aku tuangkannya di dalam sinki. Satu hari,

"Hoi Piah, apa yang kau buat dalam bilik aku?" Itulah pertama kali aku bersuara dengan Kak Piah.

"Kak Piah nak kemaskan bilik abang. Maafkan kakak sebab masuk tanpa izin."

"Siapa kakak? Kau bukan kakak aku. Aku tak pernah ada kakak." Lantas aku dengan rakusnya menarik rambut Kak Piah dan menolaknya keluar dari bilikku.

Keadaan berterusan hingga melangkah berbulan-bulan. Bukan aku bencikan Kak Piah, tapi aku sendiri berhadapan dengan banyak masalah. Kak Piah pula sebaliknya, dia terus berbuat baik kepadaku. Dia akan senyum tiap kali aku pulang dari sekolah. Menyediakan makan minumku. Kerapkali juga Kak Piah menyediakan sarapan untukku ke sekolah tapi tak pernah aku bawanya. Semuanya berterusan sehinggalah lagi 2 bulan untuk aku menghadapi SPM.

Pada malam tersebut, aku dimarahi ayah. Aku dipukul lagi sehingga terseliuh pergelangan tanganku. Badanku sakit kerana dihempap dengan peti ais. Ayah memang mengalami panas baran yang teruk. Tapi dia banyak melepaskan panas barannya dengan aku. Sedang aku masih sakit, ayah masuh belum puas. Ayah menendangku berkali kali sehinggalah Kak Piah muncul dan melindungi aku. Aku teringat lagi apa yang Kak Piah cakap.

"Ayah jangan pukul abang lagi, ayah pukulah Piah. Jangan buat semua ni dekat abang lagi sebab Piah sayangkan abang."

...

Pertama kali aku mendengar perkataan sayang di telingaku. Aku terkejut dan mengeletar. Ayah berhenti dan masuk ke bilik. Kak Piah mengusung aku ke bilik.

"Kak Piah, abang mintak maaf dengan kakak, abang banyak dosa dengan kakak."

"Tak apa sayang, abang kena rehat."

"Kakak teman abang tidur malam ni kak. Abang sayang kakak."

Malam tu Kak Piah akan duduk menemaniku. Kesian Kak Piah. Sanggup Kak Piah berkorban untuk aku.

"Kakak, kakak janji jangan tinggalkan abang ya"

"Ya sayang, kakak janji." Muka kakak tenang saja.

"Kakak kena jaga abang sampaai abang besar."

Mulai dari saat itu, aku mula menyayangi Kak Piah. Kami macam adik beradik kandung. Bila aku ada masalah, aku cuma perlu memegang tangan Kak Piah. Kak Piah pula, apabila saja dia kesan aku muram dan bermasalah, Kak Piah akan cuba sedaya upaya untuk menenangkan aku, Dia akan mengambil tanganku dan memegangnya seerat yang boleh. Kadang kala dia akan memelukku.

Aku tekun belajar untuk SPM demi tidak menghampakan harapan Kak Piah. Aku belajar bukan untuk keluargaku. Aku cuma ada Kak Piah sahaja.

Hasil titik peluhku dan kasih sayang yang diberikan oleh Kak Piah, aku berjaya mengharungi semua peperiksaanku dengan jayanya. Resultnya tak tau lagi lah. Yang penting dah habiskan. Aku dah kawan-kawanku bercadang untuk bercamping di Langkawi. Aku tak sedap hati tapi setelah dipujuk Kak Piah, aku pun berangkat dengan kawan-kawanku ke Langkawi selama 3 hari 2 malam. Aku sempat memujuk juga Kak Piah untuk keluar bersama kawan-kawannya. Dah lama dia tak bergembira. Aku asyik memerlukan Kak Piah for my own sampai aku tak benarkan dia keluar bergembira. Tapi Kak Piah tak kisah, sebab dia kata dia lebih suka bersama dengan adik kesayangannya. Sebelum bertolak, aku dengan tidak tersangka, memeluk Kak Piah dan mencium pipinya puas-puas. mak dan ayahku terkejut dengan perbuatan ku itu. Yelah, kami bukan actually muhrim yang sah. Tapi dia diam saja. Aku rasa berat untuk meninggalkan rumah.

Apabila tiba di Langkawi, aku menelefon Kak Piah. Aku asyik ulang yang betapa aku merindui Kak Piah. Padahal, aku baru saja terpisah dengan Kak Piah baru 3 jam. Esok Kak Piah akan keluar dengan kawan-kawannya. Sebelum aku meletakkan gagang telefon, aku sempat cakap, "Kak Piah, abang sayangkan Kak Piah tau, ingat". Kak Piah ketawa dan kemudian meletakkan gagang telefon. Tidak aku ketahui, itulah kali terakhirnya aku akan bercakap dengan Kak Piah.

Selama 2 hari aku mengharungi hari di Langkawi dengan perasaan yang cukup berat sekali. Bila nak telefon saja, mesti telefon tak boleh digunakan. Di hari akhir kami di sana, aku berkesempatan untuk mengunakan telefon di Jeti. Pada ketika itu jam menunjukkan pukul 3. Aku nak menelefon ayah supaya mengambilku pada pukul 6. Aku dah tak sabar nak jumpa Kak Piah. Makcik aku mengangkat panggilanku. Aku pun bertanyakan bila makcik sampai, dengan siapa dan sebagainya. Makcik cuma diam. Makcik memberi telefon kepada Mak dan akhirnya aku berbicara dengan mak. Alangkan hancurnya hatiku, bila Mak memberitahuku, Kak Piah dan meninggal dan telah selamat dikebumikan selepas Zohor. Aku meraung dan menangis di Jeti.

Kak Piah telah meninggalkan aku. Dia meninggalak aku untuk selama lamanya. Tuhan lebih sayangkan dia. Aku tak percaya semua ini terjadi padaku tetapi aku redha. Yang menyedihkanku ialah, aku tidak berkesempatan untuk melihat jenazahnya disemadikan. Aku menyesal akan segala perbuatan ku pada Kak Piah. Aku tak akan dapat memegang atau memeluk kakakku lagi. Semoga Tuhan mencucuri rahmat keatasnya. Semoga kita berjumpa lagi nanti kakak. Abang sayangkan kakak.

Satu lagi yang amat menyedihkan, aku tidak sempat untuk bergambar denganya. Yang tinggal kini hanyalah satu memori didalam mindaku. Aku rindu kakakku. Aku terlalu rindukan kakakku.

Dan sekali lagi... air mata ini jatuh kembali...

(tamat part 6)

Sudah Begitu Hidupnya (part 5)

Part 5: Abang janji tak buat lagi (flashback)

"Mie, hang dah tengok komik dengan poster baru kat TKN? Aku tengah dok budget bulan ni. Aku ingat hujung bulan ni aku nak angkat." Erman memang gila komik. Sanggup berhabis beratus-ratus ringgit. Tapi takpelah, dia dilahirkan dalam status golongon berada.

"Aku kalau ada duit aku beli Man, kau tau kan aku tak ada duit".

"Ahh!!, hang selalu macam tu, bila aku beli hang nak pinjam. Malas lah aku, buat apa perabis duit kat hang. Lain kali kalau hang nak baca, hang beli sendiri."

Aku dah biasa sangat dengan perangai Erman ni. Biasalah kalau dah jadi orang kaya ni, bukannya aku maksudkan semua orang-orang kaya berperangai macam ni, tapi Erman adalah salah seorang dari sekumpulan kawan-kawanku yang agak kerek. Sombong la tu.

"Oklah man, aku cuba beli. Nanti aku kasi hang pinjam pulak, ok?"

Mana aku nak dapatkan RM30? Aku tak berduit. Sungguhpun aku dilahirkan dalam golongan yang lebih dari sederhana tapi tidak kaya, aku tetap tidak berduit. Tidak seperti adik perempuanku. Dia dapat segalanya. Mungkin kerana dia tinggal di asrama penuh. Takpelah, aku tak pentingkan wang, aku lebih memerlukan kawan-kawanku. Dari kecil aku hidup dengan kawan-kawanku. Aku kurang senang berada dirumah. Terlalu banyak masalah yang harus aku hadapi berkat karenah orang tuaku.

Malam itu, mak dan ayah keluar untuk makan. Aku cuma makan roti di dapur. Ayah tak mengajakku untuk turut makan di luar kerana dia tengah marah rasanya. Aku pun, berpura-pura untuk mengulangkaji pelajaran. Tengah aku belajar, tiba-tiba aku terasa nak menonton, lalu aku menuju ke sofa depan. Di tanganku segenggam kacang "Ngan Yin" dan secawan milo. Tanpa aku sedari...

"Allah, macam mana boleh tertumpah milo ni. Adus!!, mak mesti bising nanti." tersentak aku didalam hati.

Aku cuba mengangkat sofa dan membilasnya dengan air. Pada ketika itulah sekeping not RM50 terjatuh.

"Eh... mana datangnya RM50 ni. Wah!!! rezeki ni. Aku pun memang nak guna RM50".

Aku tak sedar yang kemungkinan ayah ibu aku sengaja menyimpannya di situ. Di kepalaku cuma memikirkan yang esok aku akan dapat ke kedai komik dan membeli beberapa keluaran terbaru. Aku suka membaca komik-komik ni. Lebih-lebih yang berunsurkan super-super heroes ni. It helps me to lari from all my problems. Aku adalah yang jenis kuat berangan-angan. Mungkin kerana kehidupanku susah. Aku kurang mendapat kasih sayang ibu-bapa. Jadi, aku mencari kasih sayang dengan mengunakan daya imaginasiku. Bila aku sendirian, bila aku kesusahan, sebelum tidur, aku akan mula berimaginasi. Sedar tak sedar, jam dah menunjukkan pukul 11 malam. Ayah dan ibu belum pulang. AKu decide to tidur dulu.

Aku tidur dengan nyenyak hinggalah pada pukul 1.30 pagi aku ditarik keluar.

"Abang, siapa ajar abang mencuri?", ayah menjerit kepadaku. Aku sebenarnya dah langsung terlupa dengan wang RM50 tu.

"Abang tak curi apa-apa pun ayah".

"Tipu, sekarang hang dah mula menipu pulak". Ayah dah mula menarik tali pinggang. Dipukulnya aku berulang kali.

"Abang tak tau apa-apa ayah, Mak... tolong!! sakit". Aku dah mula meraung dan menangis.

"Sudahla hang tipu aku, hang kata nak belajar kat rumah. Tapi hang tengok tv. Habis sofa aku beli berbau dengan milo hang. Apa hang ni bodoh ka? Hang nak bagi aku marah hang kenapa? Hang nak bagi aku gila?"

"Abang berhenti rehat sekejap saja, abang lapar". Aku dah tergagap-gagap.

"Anak tak kenang budi, dahla mencuri, lepas tu hang tipu aku? Aku bagi duit, makan minum semua aku jaga hang layan aku macam ni. Anak derhaka".

Ayah mengamuk malam tu. Mak tak dapat buat apa sebab kami tau ayah panas baran. Aku dihentak dengan penyapu, disepak terajang, di rotan. Sebelum ayah berhenti, dia memarahi aku lagi. Aku jadi marah dan terus meninggikan suara. Ayah macam hilang akal... mengangkatku, dan menghantukkan aku ke cermin tingkap. Itulah pertama kalinya aku dilukai oleh keluargaku. Aku diheret ke tempat tidur lalu aku pengsan sampai ke pagi.

Aku tak dapat ke sekolah. Aku terlalu sakit. Bukan lukaku yang sakit, tapi hati ini yang terlalu sakit. Aku menangis berulang kali. Badanku dah lebam-lebam. Luka di belakang badan ku memaksa aku untuk tidak bersandar. Hatiku hancur malam tadi. Pada ketika itu, dihatiku... aku sudah tiada keluarga lagi.

Aku terkejut dari lamunan.

Ahh... kenapa aku mesti menangis. Semua tu dah lepas. Jam dah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Aku harus tidur, esok ada satu hari lagi yang panjang. Aku mungkin ke rumah parents Fariq. Mereka semua dah macam famili angkatku bila aku tiba di KL. Ahh... i need to sleep. Tanpa aku sedari... air mataku mengalir lagi.

Aku akan terus berimaginasi. Sehingga suatu hari, segala sakit ku terhenti.


(tamat part 5)

Saturday, March 19, 2005

Sudah Begitu Hidupnya (part 4)

Part 4: Syurga di dunia

Hmm... dah lama aku nak jumpa budak si Khaliz gila-gla sangat ni. Mereng dia mengalahkan orang kena sawan. Hehhehe. Cun sangat ke minah ni? Member memang berharap untuk memenangi hati gadis ni.

So aku pun macam quite interested nak berjuma dengan Miss Syarifah ni. Never met her before. So, chances came right in front of the door bila she invited Khaliz and us for her Hari Raya open house. So, kami pun dah sebut ada makan free, pergi je lah. Hehehe.

"Aku segan laa khaliz? Dahle tak kenal sapa-sapa. Malu sungguh." Aku memang kurang gemar sikit makan kat rumah orang yang aku tak kenal ni. Segan sangat.
"Aku malu jugak tapi dah makan free, aku tak kisah," cakap Fariq cepat je.
"Ntah kau ni Mie, orang nak bagi makan tu... telan je lah", sambung Mawi pulak.

(akan diupdate later, tetiba tak ada semangat to continue)

Sudah Begitu Hidupnya (part 3)

Part 3: Sungei Wang Plaza

Hahahhahahhahaaaa.... opss... dah mula.
Today we're going to Sungei Wang. Its the tree of us three stooges. Fariq, Adib and Me. Sure hebat dan sangat memberangsangkan seperti hari-hari lain kami akan ke Sungai Wang. Kami semua ni memang tak boleh dengar Sungai Wang ni. Satu tempat tanah tumpa darahku. Fariq akan ke Sungai Wang untuk mengetahui semua new gadgets and tech's stuff. Adib pula akan ke Sungai Wang untuk bekalan komik-komik dan vcd-vcd anime/manga. Adib ni seorang yang berbakat dalam bidang seni. Selalu au tengok adb melkis dan dia really enjoy doing it. Aku pulak, well... i have nothing to do. Da orang nak pergi, aku pergi. Aku just ska lepak with my friends.

"Haha... nak parking mana ni?"
"Letak je laa kat parking lot Sungai Wang tu. Nanti tiket kita share-share la". Fariq memang cepat untuk bagi idea-idea macam ni.

Adib kat belakang senyap je. Tengah layan lagu. Biasala, kalau naik kereta aku, lagu-lagu berunsurkan Alternative memang sah. Aku, Fariq dan Adib memang share the same citarasa of music.
Selalu kami kiranya macam set siapa yang ena bawa kereta, nak naik kereta siapa. Hehehe. Lawak sungguh. Berkira tu kena la jugak. Duit beb.
Benda standard kalau adh sampai Sungai Wang, aku akan mencari kedai favourite aku. Kedai jual cd audio haram. hehehe. Biasala university student. Mana ada banyak duit kan? Hehhehe.
Lepas tu biasalah, kitorang ke kedai komik, computer store, dvd store. Memang berjalan sampai na patah lutut. It has been nice whenever we hang out together. We all have fun together.
Universiti life really changed us.

Jam berbunyi tepat pukul 2 pagi. Aku tersentak dari lamunanku. Dahla tak buat apa kat rmah. Asyk mengelamun saja. Teringat all my friends terutama sekali the rebel aliance of Me, Fariq, Khaliz, Adib and Naza. These 5 people really give me different meaning on life. They were al such a cool bunch. If i could turn back time... but i couldn't.

I'll tell you all a bit about Fariq. He's like a big brother to me. We met masa time matrikulasi. We share the same variety. Can talk to him almost about everything and vise versa. Tapi daam bayak understandng dia pun, bayak jugak karenah dia. Boros betul ni. Dia pantang tengok gadget and tech stuff baru, sure gatal tangan punyalah. Fariq ni actually ialah aak kepada seorang tokoh aryawan yang terkenal. Family Fariq pun sebenarnya dah macam family aku sendiri. Family dia layan ak as if i am a part of their family. Adik Fariq, Nadia aku pun dahkenal dari dia sekolah lagi. Macam adik aku sendiri. Love them very much. Hmm...

Ah... jam dah nak dekat pukul 3 pagi ni. I have to go to sleep. Mata dah berat ni. Well... nak tido lah. Penat betul hari ni. Final exam aku dah habis. Hehehhe, boleh laa juga aku jawab a few questions. Memang berserah pada Tuhan betul. Hhehehhee. Harap-harap aku dapat score and attain my degree. Cool.

Adib dah lama tidur. Aku perasan Adib nampak serabut hari ni. Lagi 2 hari is his next final paper. Aku harap Adib dapat graduate sekali dengan aku. We're lke family dib. Good luck. Ah!!! mengantuknya.

Friday, March 11, 2005

Sudah Begitu Hidupnya (part 2)

Part 2: Matrikulasi (flashback)

Mak betul betul gembira. Hari ni aku ditawarkan untuk meneruskan pengajianku di sebuah Universiti yang ternama di Kuala Lumpur, lebih tepat sekali di Serdang. Universiti yang dulu dikaitkan dengan pertanian yang baru-baru ini ditukar namanya. Maaflah... status Universiti tersebut tak dapat aku cakapkan. Tapi rasanya clue yang diberikan tu nampak obvious sungguh kan? Hahha. That's me.Aku ketawa je 24 jam. Oh ya, nama ku Fahmi (bukan nama sebenar). Macam kisah benar pulak. Aku dilahirkan didalam keluarga yang sederhana. Bapaku seorang guru dan mak pula seorang pegawai. Aku juga ada seorang adik perempuan. Kami kurang rapat. Hidup kami sekeluarga biasa sahaja. Ada pasang surutnya... terutama surutnya. Banyak sungguh. Tapi, kami tempuhinya.

"Maknya... mana beg besar abang? Cepatlah. Saya nak masukkan dalam kereta ni. Dah lambat ni."
"Ada ni bang, nanti saya ambilkan, saya pun tak menang tangan ni". Mak dah mula kelam kabut ngan perintah ayah.

Ayah macam kena rasuk, lari sana, lari sini, menyediakan semua surat-surat yang penting bagi ku mula mendaftar.

"Cepatlah, kita nak jalan jauh ni. Awak ingat dekat ke Pulau Pinang dengan Kuala Lumpur tu. Anak sulong kita tu nak kena daftar hari ni". Pintas ayah di muka pintu.

Aku buat bodoh je. Dahla bangun tidur pun lambat. Tapi that was the first time yang aku rasa yang keluarga aku bangga dengan pencapaian aku. Tak tau la mereka tu gembira kerana aku dapat masuk ke universiti ke? Gembira aku akan meninggalkan rumah ke? Gembira aku akan kurang meyusahkan mereka ke? Ntahlah. Aku dan family sebenarnya kurang rapat. Dari kecil lagi aku dah mula hidup secara independent. Aku tengok je mak aku tu. Kawan dah letih betul. Ayah main order-order je. Macam askar. Hehhee. Dia dulu askar. So aku bangun, dan berjalan menuju mak di dapur.

"Mak, ni siapa yang nak masuk Universiti ni? Abang ke ayah?". AKu keluar dengan statement best aku.
"Hish, budak ni, cepat pergi bersiap tu. Nanti ayah hang marah nanti. Mak nak buat bekal lagi ni." Muka mak aku tension je nampaknya. Hhahaha.
"Ok laa... nak mandi la ni".

Takut laki le tu hehhe aku bisik kecil sambil tersenyum.

"Siapa takut laki? Orang hormat lah". mak aku membebel sorang sorang. Hhehhehe. Tak perasan yang aku cakap kuat tadi. Ingatkan bisik.

Akhirnya kami bertolak juga. kami tiba di Kuala Lumpur tepat jam 12.30 tengahari. Kami terus ke Universiti Putra Malaysia (oppss... tertulis). Aku mendaftarkan diri ku. Beli apa-apa lagi keperluan penting macam cadar, alat tulis, baldi dan sebagainya. Aku ditinggalkan keluargaku tepat dalam pukul 3.00 petang. Buat pertama kalinya selepas 18 tahun, aku meninggalkan rumah. Aku akan meneruskan pengajian ku sendirian tanpa tempik herdik ayah dan mak ku suruh aku belajar. Habis laa aku. Hhahhaha. But i'm cool with it. I am so... cool with it.
From here, my journey to self discovery, STARTS.

(tamat Part 2)

Sudah Begitu Hidupnya (part 1)

Story: Dead Poet
Genre: Life drama


Part 1: Exam dah dekat.

Ahh... boringnya nak study ni. Jam di dinding dah menunjukkan 2 lebih. Tak pernah aku study setekun ni. ye laa.. esok i got a big final. Final yang menentukan sama ada aku dapat bergelar seorang siswazah. Tension makin berat ni.

"Adib!!!... wei, teman laa aku study. Takut ni. Karang kalau fail nahas aku"
"Alaa Fahmi... aku ngantuk laa... nak tidur ni".

Adib dah bersiap nak tidur dah. Tension ni. Aku memang tak boleh nak study sorang-sorang ni. Apa laa yang aku boleh rasuah adib ni untuk teman aku.

"Haa... apa kata esok kita pegi Sungai Wang? Kau kan suka sangat pegi Sungai Wang kan? Jom laa... aku bawak". Aku dapat idea.
"Hmm... best tu... boleh aku beli komik-komik baru. Nak pegi pukul berapa esok?", sampuk Adib bersemangat.

Aku memang kenal Adib ni... dia tak boleh dengar Sungai Wang. Hahhaha... jahatnya. Tapi ni untuk kepentingan aku jugak kan? Kalau aku fail paper esok... alamatnya, bunuh diri le gamaknya. Tak mahu aku balik rumah tengok muka mak ayah. Tak mahu aku balik kampung jumpa sanak saudara. Tak mahu aku jumpa kawan-kawan aku. Malu yang akan aku tanggung, sungguh mengerikan.

"Aku boleh bawak Adib, tapi dengan syarat."
"Apa pulak syaratnya? Ko ni kan Mie, banyak songel betul". Adib dah bengang.

"Kau temankan aku study kejap ek? Boleh? Ada beberapa tajuk je lagi ni. Sikit je".
"Tapi aku mengantuk sangat ni. Maaflaa ye Mie. Tak tahan ni".

Aku dah mati akal. Tapi member dah tak tahan sangat kan. Takpelah.

"Tidurlah Dib, aku pun dah rasa malas nak study ni. Dah cukup lama aku study. Jarang sungguh aku boleh study 2 jam straight kan? Hehehe".
"Yes!!! boleh tidur".

Cis.. reverse psychology aku tak berkesan.

Well... sebenarnya aku pun dah mengantuk sangat ni. Biarlah. Esok kalau aku dapat bangun awal, aku sambung. Kalau tak dapat sambung pun, macam kata member-member aku, "berserah pada Tuhan je lah". Hahhaha. Kitorang dulu tak habis-habis dengan berserah pada Tuhan je. Tak kiralah during examination week ke, assignments ke, group project ke. Everything berserah pada Tuhan. hehhehe. I miss them a lot. Mereka semua dah graduate. Yang tinggal dari geng tu cuma aku dan Adib. Dah nak buat macam mana. Tak ada rezeki. Bukan tak boleh untuk kitorang graduate sekali. Cuma, banyak sangat cabaran yang harus kami tempuhi mentally. Boleh dikatakan yang aku dan Adib ni, we're different from out other group members. Konon-kononnya macam troubled students la ni.

"Adib, esok kejutkan untuk Subuh ye, kalau aku tak bangun. Boleh Adi... Adib? Ooo Adib? Dah tidur ke wei? Wei? Tido ke?"

Ahh sudah. Adib dah betul- betul tidur. Tension ni. Ahh... berserah pada Tuhan je lah. Tido lagi baik. Hahhahaha!!

"ZZzzzZzzzz..."

(tamat part 1)

Writing To Reach You

Well... i've been writing a lot of poetries... so now, i'll be concentrating on short stories and novel writing at this page. The old site www.adeadpoet.blogspot.com is still running wild. Sekali sekala i will update here and there. The first entry will be a short story which i have written this... a few years back. So... keep me well commented.

Thanks all...